Portal berita terbaik anda

Utama

Pengurusan lama tidak cekap punca dividen ASB rendah – Azmin

KUALA LUMPUR – Ketidaktentuan pasaran dunia dan ketidakcekapan tadbir urus pengurusan terdahulu merupakan antara punca agihan pendapatan Amanah Saham Bumiputera (ASB) sebanyak 5.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 iaitu antara kadar terendah sejak dana itu diperkenalkan.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, PNB kini sedang berusaha untuk memastikan pemegang dana mendapat pulangan terbaik walaupun syarikat itu kehilangan RM9 bilion iaitu merupakan satu jumlah yang besar.

“Yang penting sekarang adalah untuk memastikan PNB dikendalikan dengan tadbir urus terbaik dan ketelusan supaya syarikat ini terus berdaya saing dan maju pada masa hadapan.

“Saya yakin pengurusan baharu PNB berusaha untuk memastikan tadbir urus yang baik dan akauntabiliti dalam mengendalikan syarikat berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menjadi panelis Sesi Planeri dalam Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi ASB untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.

Jumlah pembayaran pengagihan berjumlah RM9.0 bilion itu akan memanfaatkan 10 juta pemegang unit yang memiliki 167.2 bilion unit dalam ASB.

Namun keputusan itu telah menjadi modal pembangkang untuk menyerang kerajaan yang didakwa gagal menguruskan ekonomi negara.

Loading...

1 Comment

  1. axric

    mentori pakaton hancing kuat main lubang juboq sesama jantan tu sbb dividen asb rendah pd tahun ini

Leave a Reply