Kenali saintis Muslim pengasas vaksin Covid-19 Pfizer yang jadi pilihan seluruh dunia

MUNICH – Di sebalik kisah vaksin yang mendapat perhatian di seluruh dunia ketika ini, mungkin ramai yang tidak mengetahui ia dihasilkan syarikat milik suami isteri, Dr Ugur Sahin, 55, dan isterinya, Dr Ozlem Turci.

Ia menjadi kebanggaan umat Islam seluruh dunia kerana vaksin keluaran syarikat pasangan itu kini mendapat permintaan global.

Mereka berasal daripada keluarga Turki yang berpindah ke Jerman untuk memulakan kehidupan baru.

Muslimmirror.com melaporkan ibu bapa Dr Sahin berpindah ke Cologne, Jerman ketika dia berusia empat tahun.

Sejak kecil, dia bercita-cita menjadi doktor dan mendapat ijazah kepakaran khidmat terapi imuniti kepada pesakit barah.

Minat mendalam dalam bidang penyelidikan mendorong Dr Sahin dan isterinya menubuhkan syarikat untuk membangunkankan alat imunoterapi kanser.

Di dalam satu laporan menyebut, biarpun tersenarai antara 100 orang paling kaya di Jerman, pasangan itu kekal dengan sifat rendah diri.

Menurut The New York Times, tiga tahun lalu, Dr Sahin pada satu persidangan di Berlin meramalkan syarikatnya mempunyai teknologi messenger RNA untuk menghasilkan vaksin jika berlaku pandemik global.

Ketika itu, syarikatnya, BioNTech, yang juga syarikat pemula bioteknologi tidak dikenali ramai.

Kini, ia melakar kejayaan apabila BioNTech dengan kerjasama Pfizer mengumumkan bahawa vaksin dibangunkan oleh Dr Sahin dan pasukannya berkesan mengelak jangkitan Covid-19.

Syarikat itu kini mempunyai 1,800 pekerja dan menjalankan pelbagai jenis penemuan dalam rawatan imuniti manusia.

Pfizer membuat pelaburan besar ke dalam syarikat BioNTech termasuk kemudahan uji kaji dan pengkomersialan.

“Alfred Bourla sebagai Ketua Pfizer berasal dari Greece manakala saya berasal dari Turki. Ia suatu yang amat peribadi kepada saya.

“Namun, Bourla sentiasa melakukan yang terbaik untuk memastikan kerjasama ini berjaya termasuk sebelum pandemik ini melanda,” kata Dr Sahin.

Kini, vaksin keluaran BioNTech- Pfizer digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *