Portal berita terbaik anda

Dunia

Penganut Hindu jadi ‘perisai’ kawal umat Islam solat Jumaat

MINGGU lalu menyaksikan sekurang-kurangnya 40 nyawa terkorban akibat keganasan tercetus antara masyarakat Hindu dan Islam di India, khususnya di New Delhi.

Walaupun keganasan belum menunjukkan tanda-tanda akan reda, sekumpulan penganut Hindu yang cintakan keamanan bertindak menjadi ‘benteng’ kepada masyarakat Muslim yang sedang mengerjakan solat Jumaat, semalam.

Menerusi beberapa gambar yang tular di media sosial, mereka dilihat mendepa tangan masing-masing dan membentuk satu lingkungan mengelilingi khemas tempat umat Islam mengerjakan solat.

Tindakan penganut Hindu itu mendapat pujian dalam kalangan netizen yang rata-rata mendoakan rusuhan agama itu berakhir dengan segera dan keamanan dapat dipulihkan kembali.

Terdahulu, keganasan tersebut tercetus akibat undang-undang kewarganegaraan yang dilaksanakan oleh kerajaan Perdana Menteri Narendra Modi.

Menurut pengkritik, undang-undang tersebut memihak kepada masyarakat minoriti di negara jiran, kecuali umat Islam.

Sementara itu, jurucakap polis Delhi M.S. Randhawa berkata, pihaknya telah menahan lebih 600 orang dan 123 kes telah didaftarkan.

Loading...

Leave a Reply