Portal berita terbaik anda

Utama

Penganggur ditahan menyamar doktor pelatih Hospital Kemaman

KEMAMAN – Helah seorang penganggur menyamar sebagai doktor pelatih di Hospital Kemaman di sini terbongkar apabila dia dicekup pihak pengurusan institusi kesihatan itu hari ini.

Lelaki berusia 27 tahun dari Kampung Olong, Binjai, Kemaman itu ditahan selepas dikesan gagal menjawab soalan asas perubatan semasa menjalani latihan tersebut kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramli berkata, siasatan awal mendapati suspek cuma berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di samping pernah mengikut pengajian dalam bidang fisioterapi di Kolej Masterskill di Kota Bahru, Kelantan pada 2010.

Bagaimanapun, katanya, pengajian itu bertahan sebulan sahaja ekoran berdepan masalah pinjaman pendidikan.

“Dia diterima masuk untuk mengikuti latihan perubatan di Hospital Kemaman selepas mengaku pelatih dari Universiti Malaya dengan memalsukan dokumen yang dipercayai dimuat turun daripada laman web institusi pengajian tinggi awam tersebut.

“Suspek telah dua kali menyamar sebagai doktor pelatih iaitu selama dua minggu pada bulan Februari lalu dan hari ini,” katanya kepada pemberita.

Hanyan berkata, sepanjang tempoh penyamaran itu, lelaki tersebut telah dibenarkan untuk mengikut pegawai perubatan hospital melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap pesakit.

Katanya, suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply