Portal berita terbaik anda

Utama

Pendapatan bulan Sugu Pavithra boleh mencecah sehingga ratusan ribu ringgit

Sugu Pavithra kini menjadi antara barisan ‘YouTubers’ yang digemari oleh rakyat Malaysia.

‘Fenomena’ pasangan suami isteri itu turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan hadiah sebagai pembakar semangat buat mereka.

Video masakan Sugu Pavithra sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu oleh orang ramai.

Selain tutur katanya yang lembut, penggunaan Bahasa Melayu Pavithra yang jelas juga dipuji oleh orang ramai.

Lebih menarik, video masakan Pavithra juga pernah menjadi rujukan kepada YouTuber dari Jepun, iChang dan atlet bina badan negara, Sazali Samad untuk memasak kari ayam.

Sambutan hangat daripada setiap video yang dibuat membuatkan ramai diantara kita tertanya-tanya berapakah pendapatan yang diperoleh Sugu Pavithra.

Baru-baru ini, YouTuber Juzairi Share mendedahkan anggaran bulanan yang diperolehi oleh pasangan itu dari video-video yang dimuatnaik oleh mereka di Youtube.

Berkongsikan perkara itu di saluran Youtube miliknya, Juzairi mendedahkan bahawa anggaran pendapatan yang diperolehi oleh Sugu Pavithra ialah boleh mencecah maksimum sebanyak RM 144,000 sebulan.

Anggaran tersebut dikira berdasarkan data dari laman web Socialblade yang boleh menganalisis jumlah ‘subscribers’, video dan anggaran pendapatan bulanan.

Loading...

Leave a Reply