Portal berita terbaik anda

Utama

Pencipta Mi Goreng Indomie meninggal dunia

JAKARTA – Individu paling penting dalam pembuatan mi segera jenama Indomie, iaitu tukang buat perencahnya, Nunuk Nuraini dilaporkan meninggal dunia semalam.

Lapor Tribunnews, kehilangan Nunuk amat dirasai pelbagai pihak, terutamanya industri mi segera di negara ini.

Berita kematian wanita itu diumumkan oleh pegawai perhubungan awam Indofood yang mengeluarkan Indomie, Yoga.

“Ya benar, Nunuk Nurani sudah meninggal dunia semalam pada pukul 2.55 petang waktu tempatan,” katanya.

Namun, syarikat tersebut tidak menyatakan sebab kematian wanita berkenaan.

Nunuk merupakan lepasan penuntut Universiti Padjajaran dalam bidang Teknologi Industri Pertanian.

Wanita itu memegang jawatan penting dalam Indofood sebagai tukang buat perencah pelbagai rasa untuk Indomie.

Indomie menjadi antara mi segera paling terkenal di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Malahan, Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil pernah menggelar Nunuk sebagai ‘penyelamat pelajar asrama’ kerana mi segera Indomie sering menjadi pilihan pelajar untuk mengalas perut terutamanya pada akhir bulan.

Loading...

Leave a Reply