Portal berita terbaik anda

Politik

Pemuda UMNO Terengganu desak Najib berundur

KUALA TERENGGANU – Selepas melalui kekalahan dalam PRU14, Pemuda Umno Terengganu hari ini tampil menyuarakan desakan agar Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi laluan kepada pelapis baharu bagi menerajui parti keramat itu.

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, perubahan kepimpinan baharu yang dipimpin orang muda penting bagi memastikan Umno kekal relevan selain kelangsungan parti itu pada masa hadapan.

Dalam merealisasikan hasrat itu katanya, trasformasi menyeluruh harus dilaksanakan agar Umno dilihat lebih segar dengan kepimpinan baru dan bangkit berjuang seiring dengan kehendak rakyat Malaysia.

“Permulaan baru untuk Malaysia, suara keramat rakyat telah memilih perubahan yang cukup jelas dan nyata.

“Kekalahan ini adalah mesej jelas dari rakyat bahawa Umno dan BN perlu bermuhasabah sedalam-dalamnya sebelum membuka langkah kehadapan.

“Menuju ke hadapan, kita perlu menjadi gerakan politik yang lebih baik dan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat melebihi kepentingan lain, kerana rakyat dan ahli akar umbi adalah denyut nadi kita,”katanya.

Menurut Mohd Johari, BN juga perlu bergerak ke hadapan dan membuat pembaharuan dengan lebih berkesan serta pada masa sama menjadi pembangkang yang lebih hebat dan berbisa.

Loading...

Leave a Reply