Portal berita terbaik anda

Utama

Pemimpin PH jumpa Azilah beberapa kali sejak Februari – Raja Petra

SHAH ALAM – Penulis blog Malaysia-today.net, Raja Petra Kamaruddin mendakwa bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri menerima tawaran meringankan hukuman mati kepada penjara seumur hidup sekiranya membuat akuan bersumpah (SD) bahawa dia menerima arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Menurut Raja Petra, tawaran tersebut dibuat seorang pemimpin politik Pakatan Harapan (PH) kepada Azilah dalam beberapa pertemuan sejak Februari lalu yang didakwa berlangsung di luar Penjara Kajang.

Katanya, pada mulanya pemimpin itu menghubungi Sirul Azhar Umar yang kini berada di Australia dan menawarkan RM10 juta sekiranya bersetuju membuat SD sama, sebaliknya bekas anggota polis berkenaan enggan berbuat demikian.

“Selepas Sirul tolak, ahli politik itu menghubungi Azilah di Penjara Kajang dan perjumpaan dibuat luar penjara, jika dalam penjara maka satu dunia akan tahu.

“Seorang pegawai tinggi penjara telah membawa Azilah keluar. Ia bukan sekali tetapi beberapa kali dengan pertemuan bersama ahli politik itu dibuat di satu tempat,” katanya dalam blog Malaysia-today.Net.

Raja Petra berkata, selepas beberapa bulan perbincangan, Azilah akhirnya bersetuju membuat SD untuk menyatakan dia diarahkan secara peribadi membunuh Altantuya.

Katanya, sebagai balasan hukuman mati Azilah akan dimansuhkan dan digantikan dengan penjara seumur hidup serta seterusnya selepas tempoh dua hingga tiga tahun, dia akan diberi pengampunan dan kemudian dibebaskan daripada penjara.

Dalam pada itu, Raja Petra juga mempersoalkan tindakan Azilah kerana telah mengeluarkan kenyataan yang jauh berbeza sejak kes pembunuhan itu mula disiasat.

“Jika dia berbohong pada ketika ini atau pada dahulu, dia boleh didakwa dan dipenjarakan kerana berbohong. Selain itu pengakuannya menerusi SD itu, secara tidak langsung telah dia mengaku membunuh.

“Maka tiada alasan lagi dan esok boleh jalani hukuman gantung,” katanya.

Semalam, Azilah membuat dakwaan itu ketika sedang menanti hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah membunuh Altantuya daripada Najib yang mana ketika itu menjawat Timbalan Perdana Menteri.

Dalam pengakuan itu, Azilah mendakwa beliau bersama bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar hanya mengikuti arahan ‘shoot to kill’ (tembak mati) sebagai anggota pasukan UTK.

Loading...

Leave a Reply