Portal berita terbaik anda

Utama

Pembinaan semula bumbung Stadium Sultan Mizan ditangguh

KUALA NERUS – Kerajaan negeri memutuskan untuk menangguhkan projek pemasangan semula bumbung baharu di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Gong Badak, di sini, berikutan kekangan kewangan.

Bagaimanapun, projek itu akan terus diberi keutamaan sebaik keadaan kewangan kembali pulih nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, beberapa syarikat berkaitan telah menyatakan hasrat untuk membina bumbung di stadium itu, namun belum ada sebarang keputusan dibuat.

“Ada beberapa pemaju yang hadir mengemukakan cadangan reka bentuk bumbung termasuk satu syarikat daripada Australia, tetapi kita belum membuat sebarang keputusan lagi.

“Kita mahu pastikan bumbung tersebut tahan dan kukuh untuk jangka masa panjang dan berfungsi dengan baik melindungi ruang yang perlu ditutup dengan harga yang munasabah.

“Bagaimanapun, stadium itu akan tetap digunakan dari masa ke masa selagi projek belum dilaksanakan. Padang bola sepak stadium juga perlu diperbaiki kerana berlaku takungan air dan ia akan dilaksanakan segera,” katanya.

Loading...

Leave a Reply