Portal berita terbaik anda

Nahas & Bencana

Pekerja kilang maut langgar kereta terbabas

Marang: Pekerja kilang maut akibat kecederaan parah di kepala dalam kejadian kemalangan membabitkan kereta dan motosikal di Jalan Bukit Payong – Rhu Rendang, berhampiran Universiti UCSI , di sini, hari ini.

Kejadian dikatakan berlaku apabila mangsa gagal mengawal motosikal ditungganginya sebelum merempuh kereta yang terbabas di lokasi kejadian pada 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Deputi Superintendan Mohd Zain Mat Dris berkata, sebelum kejadian, mangsa, Che Wan Mohd Al Hafizz Che Wan Ismail, 30, dari Kampung Pengkalan Merbau, Sungai Tong, Setiu dikatakan dalam perjalanan ke arah Bukit Payung dengan menunggang motosikal.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah Perodua Myvi dinaiki dua beradik yang dalam perjalanan dari arah Bukit Payung ke sebuah sekolah memandu di bandar di bandar ini dikatakan secara tiba-tiba berpusing beberapa kali sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Mangsa yang terkejut dengan keadaan itu cuba mengelak daripada melanggar kenderaan terbabit namun gagal sebelum merempuh bahagian belakang kereta terbabit.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Dua beradik terbabit masing-masing berusia 24 dan 22 tahun dari Kampung Padang Mengkuang, Bukit Payong, di sini, tidak mengalami kecederaan dan dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Marang.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum di serahkan kepada waris untuk urusan pengkebumian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Loading...

Leave a Reply