Portal berita terbaik anda

Utama

Pegawai penjara ditemui mati di kuarters

MARANG: Seorang pegawai Jabatan Penjara Marang ditemui mati di kuartersnya jam 9 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pihaknya menerima panggilan dari Penjara Marang sebelum ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati mangsa tidak bernyawa di tingkat atas bangunan setingkat di Taman Koperat dalam kawasan penjara berkenaan,” katanya di sini.

Beliau berkata, sebelum kejadian, pegawai yang bertugas dikatakan menghubungi mangsa beberapa kali, namun tidak berjawab.

Curiga dengan keadaan itu, katanya, pegawai terbabit kemudian ke kuarters yang didiami mangsa bagi menjalankan pemeriksaan sebelum menemui mangsa di tingkat atas bangunan berkenaan.

Difahamkan, hanya mangsa sahaja yang tinggal di kuarters berkenaan, manakala pegawai dan anggota lain tinggal di kuarters berasingan dalam taman sama berikutan keadaan bangunan kuarters itu yang mengalami banyak kerosakan.

“Keadaan itu menyebabkan kejadian berkenaan tidak disedari anggota dan pegawai lain yang tinggal dalam kawasan taman berkenaan.

“Hasil bedah siasat mendapati kematian pegawai terbabit tidak ada kaitan dengan perlakuan jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang berasal dari Temerloh, Pahang dan bertugas sebagai Pegawai Parol di Pejabat Parol, Temerloh, Pahang sebelum ditukarkan ke Penjara Marang pada September 2018.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak penjara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Loading...

Leave a Reply