PBB arahkan China tutup kem tahanan Uighur atau batalkan sahaja Sukan Olimpik 2022

Isu kekejaman dan penindasan terhadap etnik Uighur di Xinjiang, China mula mendapatkan perhatian seluruh dunia selepas bintang bola sepak Arsenal, Mesut Ozil menyatakan sokongan secara terbuka terhadap etnik itu, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut mengutuk perlakuan China terhadap etnik Uighur dan menyeru negara itu menutup kem yang menempatkan sebahagian besar etnik tersebut menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 di Beijing.

Ini berikutan gesaan salah seorang penduduk etnik Uighur, Irade Kashgary yang menganggotai kumpulan No Right, No Games (NRNG) yang mahu Kerajaan China agar menutup kem tahanan itu.

Malah, mereka turut menampilkan dua permintaan termasuk China perlu menutup kem tersebut dan Kerajaan China mesti menghormati hak etnik Uighur semasa di luar kem.

Jika kedua-dua permintaan itu dipenuhi, maka, Sukan Olimpik boleh diteruskan seperti dirancang. Sebaliknya, jika China enggan memenuhi syarat NRNG, mereka akan memanggil Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) bagi memindahkan temasya sukan itu ke negara lain.

Presiden IOC, Thomas Bach juga bertegas akan mengambil kira dan bertanggungjawab dengan serius terhadap isu ini.

Sementara itu, situasi dan keadaan umat Islam Uighur di Xinjiang kelihatan semakin menyedihkan. Kira-kira sejuta umat Islam etnik Uighur ditahan di dalam sebuah kem tahanan. Malah, kesemua masjid di sana telah pun ditutup dan ramai ditangkap serta dijadikan buruh paksa.

Kerajaan China dengan kenyataan ego menyatakan kem tahanan tersebut sebagai pusat pendidikan dan menafikan tindakan kejam itu adalah salah.

Sumber: Vice

Loading...

3 Comments

  1. AZAN SOLAT December 19, 2019
    • Home December 21, 2019
  2. Mohd Zin December 20, 2019

Leave a Reply