Portal berita terbaik anda

Viral

‘Patutlah laki kau tinggalkan kau!’ – Wanita dihina kerana berstatus janda

SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa selepas dihina oleh temannya sendiri kerana statusnya.

Wanita yang menggunakan nama Azza Adams di laman Facebook itu berkongsi luahan hatinya menerusi sebuah entri.

Azza memuat naik paparan skrin WhatsApp perbualannya bersama wanita yang dikenali dengan nama Kak Ani.

Kak Ani mula melemparkan hinaan terhadap Azza hanya kerana Azza memegang status sebagai seorang janda.

“Hmmm… Betullah mak cakap manusia ni rambut je hitam, hati lain-lain… Mula-mula WhatsApp elok je. Last-last melencong ke lain nampak dah apa niat sebenarnya..

Hmmm… Tak apalah… Hari ini hari saya….

Saya doakan yang baik-baik je untuk akak ye…

Tak ada perempuan yang minta dapat status macam ni..

Pada yang lain tu, yang memerhati kalau saya ada salah silap selama ni, saya minta maaf hujung rambut sampai ke hujung kaki… Mana ada yang tak puas hati tu… Saya mintak maaf sangat-sangat… Saya pun manusia yang serba tak sempurna… Tak lepas dari khilaf. Saya tak mampu nak bagi semua orang sukakan saya,” tulis Azza.

Perkongsian Azza mendapat perhatian pengguna laman sosial dan menjadi viral di laman Facebook.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan Kak Ani yang menghina Azza dan berharap agar Kak Ani segera insaf.

Loading...

Leave a Reply