Portal berita terbaik anda

Utama

‘Patik minta ampun, patik derhaka…’ – Lelaki mohon maaf hina Permaisuri Agong

KUALA LUMPUR – Pemuda yang menghembur kata-kata biadap terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah melalui akaun Twitter hari ini tampil membuat permohonan maaf.

Tindakan pengguna laman sosial itu dipercayai dilakukan selepas menerima kecaman warga maya sebagai penyebab Seri Paduka menyah-aktif akaun Twitter rasminya, @cheminahsayang, semalam.

Dalam ciapan lewat petang ini, Firdaus Asraf membuat status berbunyi;

“Ampun Tunku Beribu-ribu Ampun, Seandainya Raja Permaisuri Agong membaca warkah ini, patik memohon segala keampunan Tunku dan patik bersedia mengadap Tunku untuk memohon maaf seandainya Raja Permaisuri Agong berkenan menerima patik.

“Sesungguhnya patik tidaklah mengharap apa-apa melainkan pengampunan Raja Permaisuri Agong.

“Patik yang merendah diri, Firdaus Asraf

Warga maya hari ini melancarkan kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku bagi ‘memujuk’ Tunku Azizah mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya @cheminahsayang.

Kempen warga maya itu merupakan kesepakatan usaha untuk merayu Tuanku Azizah yang begitu disenangi oleh seluruh lapisan masyarakat mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.

Tindakan pengguna Twitter berkenaan turut mendapat komen bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang mahu tindakan diambil di bawah Akta Hasutan bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang. – UTUSAN ONLINE

Loading...

1 Comment

  1. Shakir

    Kau nak kritik tu baik2 la mat..yg kau kritik tu raja bukan org lain..mmg la org anggap dia tu manusia biasa di sama level sisi allah tak kira pangkat..tpi dia tu ‘raja’..aku nk ckp pun sush..ckp tak pikir betul2..pastu menyusahkan diri kau sendiri

    Kalaupun pemaisuri tak setuju kalau penghina ditangkap..aku lebih senang tngok penghina tu menghadap permaisuri bersemuka untuk minta ampun dari minta maaf secara bertulis sebb kalau bertulis ni nampak sngt minta maaf tak ikhlas..org2 sekarang pun makin ramai yg kurang hajar dgn raja..

Leave a Reply