Portal berita terbaik anda

Jenayah

Pasangan kekasih tak serik dicekup

Gambar hiasan

Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Tidak insaf, sepasang kekasih kali kedua dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu hari ini kerana didapati melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.

Padah tidak pernah serik, pasangan kekasih yang berusia 18 tahun itu dijatuhi hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara selama tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan denda ditetapkan.

Hakim Syarie membuat keputusan itu selepas pasangan dari Johor ini mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 di sebuah hotel bajet di Jalan Tok Lam, di sini, kira-kira jam 11.50 malam, pada 12 Disember 2016.

Bagi kesalahan itu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dipenjarakan tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pemeriksaan berwaran ke atas sebuah bilik di hotel bajet, di Jalan Tok Lam, di sini dan semasa tiba di hadapan pintu utama, didapati pintu tertutup rapat serta berkunci.

Selepas diketuk selama lima minit, pintu dibuka oleh seorang lelaki memakai baju dan bertuala sebelum pemeriksaan lanjut menjumpai seorang perempuan berpakaian baju singlet tanpa lengan dan hanya berseluar boxer.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan suami isteri yang sah.

Gambar hiasan

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang wanita dikenakan hukuman denda RM2,900 atau sebulan penjara selepas mengaku salah melakukan perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah dengan pasangannya yang juga seorang tukang gunting.

Wanita berusia 23 tahun mengaku melakukan perbuatan tidak bermoral itu bersama pasangannya, 26, yang sudah dikenakan hukuman sebelum ini, di sebuah bilik hotel bajet di Jalan Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi, pada 18 Mac lalu.

Berdasarkan fakta kes, satu serbuan dijalankan ke atas sebuah bilik dan ketika sampai, didapati pintu utama tertutup rapat.

Dua minit kemudian selepas diketuk, pintu dibuka oleh seorang lelaki yang hanya bertuala dan ketika itu, didapati keadaan di dalam bilik adalah gelap.

Pemeriksaan seterusnya menjumpai seorang wanita yang bersembunyi di dalam bilik air dalam keadaan hanya memakai tuala dan siasatan lanjut mendapati mereka tiada hubungan suami isteri.

Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Khanurulhajja Mustafar.

Loading...

Leave a Reply