Portal berita terbaik anda

Utama

Parkson akan tutup operasi cawangan Suria KLCC

SELEPAS dua dekad beroperasi, pusat membeli-belah ternama di Malaysia, Parkson bakal menghentikan operasi bagi cawangannya di Suria KLCC.

Parkson merupakan antara penyewa terawal ketika Suria KLCC dibuka kepada umum pada 1998 yang meliputi kawasan seluas 126,000 kaki persegi.

Dikhabarkan juga Parkson Suria KLCC kini sedang menjalankan ‘moving out sale’ sehingga 17 Februari 2019.

Parkson turut menutup cawangan mereka di Sungei Wang Plaza selepas beroperasi sejak 1987.

Memetik laporan daripada The Star, jurucakap daripada Parkson berkata penutupan ini perlu kerana perubahan gaya orang ramai berbelanja kini sudah berubah.

Antara item yang pastinya menjadi rebutan ramai adalah bahagian minyak wangi dan dikhabarkan harga untuk semua barangan akan dikurangkan sempena jualan perpindahan ini.

Loading...

Leave a Reply