Portal berita terbaik anda

Politik

PAN sedia terima ahli, pemimpin Umno keluar parti – Mat Sabu

IPOH – PAN bersedia membuka pintu kepada mana-mana bekas pemimpin dan anggota Umno sekiranya mereka berminat menyertai parti itu.

Presiden PAN, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pihaknya akan mengadakan perbincangan dan meneliti terlebih dahulu sebelum menerima penyertaan bekas pemimpin serta anggota parti pembangkang itu.

“Kita (PAN) akan bincang dan buat keputusan bersama-sama dengan (parti komponen) Pakatan Harapan (PH),” katanya kepada pemberita pada Konvensyen Nasional PAN 2018 di sini. hari ini.

Mohamad yang juga menteri pertahanan berkata, perkara itu akan dibincangkan dalam konvensyen penuh sekiranya terdapat usul yang dibangkitkan oleh anggota perwakilan.

Umno berhadapan dengan krisis apabila beberapa pemimpin, termasuk wakil rakyatnya mengumumkan keluar daripada parti itu dengan menjadi wakil rakyat bebas dan ada yang kemudiannya menyertai parti komponen dalam PH.

Dua hari lepas, hampir keseluruhan barisan kepimpinan UMNO Sabah termasuk pengerusinya, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor mengumumkan keluar parti.

Mereka terdiri daripada 6 Ahli Parlimen, 9 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), 2 senator dan 21 ketua bahagian negeri itu.

Pada 2 Dis lalu, bekas Naib Presiden Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah bersama lebih 1,000 orang dari Parlimen Tawau dan Kalabakan menyertai PAN.

Hari ini, bekas anggota jawatankuasa pusat parti Gerakan Datuk Loo Yeng Peng secara rasmi mengumumkan menyertai PAN.

Loo yang pernah menjadi Ahli Parlimen Puchong pada 2004 hingga 2008 berkata, beliau menyertai parti itu selepas melihat PAN daripada semua sudut, terutama misi dan objektif serta hala tuju parti itu.

Loading...

Leave a Reply