Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang membeli sebiji burger untuk dihadiahkan kepada isterinya sempena hari ulang tahun kelahirannya.
Kisah lelaki itu mendapat perhatian syarikat francais kek, Secret Recipe yang meminta netizen mencarinya kerana pihak mereka ada merancang sesuatu kejutan buat lelaki itu.
Hasil kuasa media sosial pihak Secret Recipe memaklumkan sudah mendapat maklumat pasangan itu dari Yan, Kedah dan akan menemui mereka di cawangan Sungai Petani, hari ini.
Update: Pakcik Razif got to celebrate his wife, Cik Pah’s birthday with a cake guys! Thanks to all of our Twitter fans for your help ❤️ Spread love and kindness #SecretRecipeMY pic.twitter.com/pIRK6VhpET
— Secret Recipe MY (@secretrecipemy_) November 30, 2019
Lelaki yang dikenali sebagai Razif itu telah membawa isteri, Cik Pah dan anaknya ke restoran berkenaan dengan disambut meriah oleh staf-staf yang bertugas.
Menerusi gambar yang dikongsikan di Twitter Secret Recipe, Pakcik Razif sekeluarga kelihatan ceria apabila diraikan dengan penuh meriah oleh semua yang berada di situ.
Sebiji kek turut dihidangkan sebagai ganti kepada burger yang dibelinya pada malam tersebut.
Sementara itu, netizen turut teruja melihat majlis sambutan hari jadi Cik Pah anjuran Secret Recipe itu. Ada juga memuji sifat romantik yang ada dalam diri Pakcik Razif selain berdoa akan keluarga kecil itu sentiasa dirahmati Tuhan.
Leave a Reply