KUALA LUMPUR ― Pelakon Zahirah MacWilson memakai skirt pendek di Tokyo bukan sebab “suka-suka” tapi demi kerja.
Tahu “menampakkan paha” sensitif di Malaysia, Zahirah, 23, berkata skirt itu disediakan syarikat penerbangan, lapor Harian Metro.
“Pakaian itu disediakan ‘team’ AirAsia X sempena kunjungan saya ke Tokyo,” kata pelakon drama Miss Ustazah itu.
“Saya cuma memenuhi tuntutan kerja dan bukan berpakaian seperti itu kerana suka-suka”.
Pemilik nama asal Nur Zahirah MacWilson Zainol sudah jangka pakaiannya akan menjadi isu.
Pada 3 Oktober lalu, gadis kacukan Melayu-British memuat naik foto berskirt pendek dan blaus lengan panjang di Instagram.
Mendapat lebih 73,000 ‘like’, foto tersebut menerima pelbagai reaksi pengikut termasuk sebahagian mereka mengecamnya.
Aqmaa Riza
Lantakla dia nk pakai apa pon
Tu fesyen..
Otak jgn kampong sgt..