Portal berita terbaik anda

Utama

Pak Lah Cecupak meninggal dunia akibat kanser usus

PELAWAK senior Pak Lah Cecupak atau nama sebenarnya Noor Affendi Nurdin, 53 meninggal dunia akibat kanser usus pada pagi, Sabtu.

Berita sedih itu dikongsikan oleh pelakon dan pengarah Adam Hamid di laman Instagram miliknya.

“Dukacita dikhabarkan pada hari ini 5 Rabiul Akhir 1442H telah kembalinya ke Rahmatullah seniman Noor Affendi Nurdin, Pak Lah Cecupak kerana kanser usus,” katanya.

Allahyarham yang mengidap penyakit barah usus tahap empat pernah menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada September lalu.

Perkhabaran duka itu turut dikongsikan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) menerusi satu hantaran di Facebook yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Berita sedih itu turut dikongsikan oleh IRAMA di Facebook.

“Salam takziah dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) buat keluarga pelawak Noor Affendi Nurdin atau Pak Lah Cecupak di atas kembalinya ke rahmatullah pagi ini.

“Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh mereka. Al-Fatihah,” tulisnya.

Kumpulan Cecupak merupakan pelawak lagenda yang dianggotai oleh Pak Lah, Pak Jaih, Ucop, Ropie dan Pian.

Selain menyanyi dan berlawak, Pak Lah juga aktif mencipta lagu serta menulis lirik untuk lagu tradisional dan lagu rakyat dalam loghat Perak.

Antara lagu popularnya ialah Joget Toleh Menoleh nyanyian kumpulan Senario.

Allahyarham meninggalkan seorang balu yang dikenali sebagai Miza Ali dan tiga orang cahaya mata.

Loading...

Leave a Reply