Portal berita terbaik anda

Utama

Pahang, Kelantan, Terengganu, Perlis paling ramai penagih dadah

PUTRAJAYA: Pahang, Kelantan, Terengganu dan Perlis mendahului senarai penyalahguna dan penagih dadah paling ramai mengikut nisbah jumlah penduduk di negeri itu berdasarkan kajian dikeluarkan setakat September lalu.

Perkara itu didedahkan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Penguatkuasaan Undang-undang (JPU) Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pahang merekodkan seramai 16,150 penagih dadah diikuti, Kelantan (16,918 penagih); Terengganu (10,576 penagih) dan Perlis (2,123 penagih).

Selain itu, katanya, Negeri Sembilan di kedudukan kelima dengan 7,503 penagih diikuti, Pulau Pinang (9,684 penagih); Melaka (4,140 penagih); Kedah (9,691 penagih); Johor (13,003 penagih); Perak (8,596 ); Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (8,270 penagih); Sabah (9,513 penagih); Selangor (13,123 penagih) dan Sarawak (4,414 penagih).

“Secara keseluruhan, jumlah penyalahguna dan penagih dadah di seluruh negara sejak 2014 hingga September 2018 adalah seramai 133,684 orang iaitu sekitar 0.40 peratus berbanding jumlah penduduk di negara ini.

“Dari segi pecahan golongan penagih pula, 80,598 orang penagih atau 73.4 peratus adalah dalam kalangan belia berusia antara 19 hingga 39 tahun; 26,197 penagih pula adalah golongan dewasa berusia antara 40 tahun ke atas dan 3,043 penagih pula adalah remaja (13 hingga 18 tahun).

“Berdasarkan bangsa pula, Melayu mendahului senarai penagih dadah paling ramai iaitu seramai 88,522 penagih (80.6 peratus) diikuti Cina (7,883 penagih); India (7,689 penagih); Pribumi Sabah (4,274 penagih) dan Pribumi Sarawak (713 penagih),” katanya.

Katanya, mengikut pecahan jantina pula, penagih lelaki adalah seramai 105,632 orang berbanding wanita seramai 4,206 orang.

Muhyiddin berkata, pihaknya mengakui isu penagihan dan penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan.

Loading...

Leave a Reply