Portal berita terbaik anda

Sukan

Pahang juara Piala Emas Raja-Raja, tewaskan Terengganu di final

TEMERLOH – Pahang muncul juara Piala Emas Raja-Raja (PERR) Ke-78 sejurus berjaya menewaskan Terengganu 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang malam ini.

Pada aksi perlawanan itu, tuan rumah tidak mengunggu lama untuk mencetak jaringan apabila Mohd. Hafizi Abdul Halim meledak gol pertama ketika minit ketujuh untuk Pahang mendahului 1-0.

Sejurus dikejutkan, Terengganu mula mempamerkan rentak kebangkitan, namun rembatan Muhammad Afif Sufyan Azman pada minit ke-24 ditepis keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Muhammad Saufi Mohd.

Mohd. Hafizi sekali lagi berpeluang untuk menambah jaringan namun rembatannya tersasar di sebelah kanan pintu gol pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, Terengganu memulakan asakan ke kubu Pahang tetapi beberapa percubaan yang dilakukan sekadar tersasar meskipun berjaya menembusi benteng pertahanan.

Memasuki minit ke-60, Saiful Nizam Abdullah mensia-siakan peluang keemasan di hadapan pintu gol Terengganu apabila rembatannya turut tersasar di kiri gawang.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Azuan Izam dilayankan kad merah setelah mengasari pemain Terengganu, Muhammad Rezuan Jusoh pada minit ke-76.

Enggan mengalah sehingga ke saat akhir, Terengganu menggandakan serangan namun kecekapan Mohamad Saufi menjaga gawang berjaya memastikan Pahang muncul juara. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply