Portal berita terbaik anda

Utama

Padah henti perintah berkurung terlalu awal, Covid-19 kembali mengganas

HOKKAIDO – Pulau di utara Jepun ini dilanda gelombang kedua yang mencatatkan 135 jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu, selepas menamatkan perintah berkurung tiga minggu apabila kes jangkitan berkurang kepada satu angka.

Hokkaido, yang menamatkan perintah berkurung pada 19 Mac lalu bagi membolehkan perniagaan dan sekolah beroperasi, kini mengisytiharkan darurat kecemasan.

Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase, berkata beliau menyesal kerana perintah berkurung ditamatkan terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu.

“Ini bermakna kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau,” katanya.

Pakar kawalan penyakit berjangkit di Health Sciences University, Hokkaido, Prof Yoko Tsukamoto, turut bersetuju bahawa perintah berkurung ditamatkan terlalu awal.

“Pada masa itu, kita tidak mempunyai maklumat yang mencukupi atau pengetahuan mengenai wabak COVID-19.

“Namun, kita tidak boleh persalahkan sesiapa kerana keputusan (menamatkan perintah berkurung) dibuat berdasarkan penurunan kadar jangkitan kepada hanya satu atau dua kes sehari.

“Tapi kini kita sedar ini menjadi kesilapan terbesar, walaupun pada masa itu ia adalah tindakan yang wajar dilakukan,” katanya.

Hokkaido melaporkan 38 kes baharu COVID-19 kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan 688 jangkitan selain seorang maut, menjadikan jumlah keseluruhan 27 kematian iaitu yang kelima tertinggi di Jepun.

Kes pertama COVID-19 di Hokkaido dikesan pada seorang pelancong China dari Wuhan ketika Festival Salji Sapporo pada Februari lalu sebelum perintah berkurung diisytiharkan, yang dihadiri dua juta orang.

Keadaan yang sama berlaku di Ontario, Kanada di mana penurunan kes baharu COVID-19 selama tiga hari berturut-turut menyaksikan peningkatan mendadak kelmarin dengan 525 kes baharu dan 59 kematian dalam 24 jam.

Pada 24 April lalu, Ontario merekodkan 640 kes harian baharu diikuti 476 kes pada hari berikutnya, 437 kes selepas itu dan 424 kes pada hari seterusnya.

Bagaimanapun, kelmarin berlaku peningkatan mendadak 525 kes iaitu penambahan 101 kes berbanding hari sebelumnya.

Secara keseluruhan, Ontario mencatatkan 15,381 kes COVID-19 yang disahkan termasuk 951 kematian dan 8,964 pesakit yang sudah sembuh. – AGENSI

Loading...

Leave a Reply