Portal berita terbaik anda

Utama

‘Otak membengkak, ratusan orang mati’ – Kisah hitam Malaysia dilanda virus Nipah 20 tahun lalu

Jumlah kematian akibat coronavirus meningkat kepada 106 orang dengan jumlah jangkitan meningkat kepada lebih 4,500 orang, kata pihak berkuasa China.

Dalam usaha untuk membendung jangkitan ini dari merebak dengan meluas, kerajaan Malaysia telah mengambil langkah menggantung sementara kemasukan rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta bandar sekitarnya berkuatkuasa semalam.

Namun, rakyat Malaysia juga perlu ingat agar tidak mencetuskan panik termasuk menyebarkan berita-berita palsu kerana ia tidak memberikan apa-apa manfaat.

Lebih 20 tahun lalu, negara juga pernah dilanda virus berbahaya yang menyerang otak manusia sehingga 106 orang menjadi korban.

Virus yang dikenali sebagai Nipah itu berpunca daripada khinzir menyebabkan kerajaan pada ketika itu terpaksa memusnahkan lebih sejuta haiwan tersebut.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai virus nipah, baca perkongsian di bawah:

1999 -2019 , 20 TAHUN WABAK NIPAH

Wabak misteri ini menyebabkan 265 kes keradangan otak di laporkan dengan 105 kematian. Industri penternakan babi yang bernilai Billion ringgit lumpuh serta merta.

Seorang demi seorang, tumbang, mati.

Pemuda yang sihat sejahtera, keesokannya pengsan, dengan otak yang bengkak. Tidak boleh bergerak. Tidak boleh bercakap.

Tiada apa yang boleh dilakukan. Tiada ubat. Tiada vaksin. Separuh daripada pesakit meninggal dunia

Pada ketika ini, pihak berwajib meminta orang ramai untuk bertenang.
Ramai yang mempercayai wabak yang berlaku dipercayai berpunca dari jangkitan Japanese Encephalitis, sejenis virus yang di sebarkan oleh nyamuk.

Aktiviti kawalan ketika itu adalah dengan menggunakan semburan termal fogging, namun anehnya kes masih lagi menular. Apa sebenar punya wabak misteri ini?

Perkara ini menimbulkan keraguan kepada 2 pengkaji tempatan dari Universiti Malaya, Dr Chua dan Dr Tan.

Dr Chua

Mereka sedar bahawa penyakit ini TIDAK menjangkiti populasi Muslim. Mereka juga memerhatikan di Nipah, Negeri Sembilan, di mana terdapat banyak ladang khinzir, ramai kehilangan nyawa.

“Tidak, tidak. Saya tahu ianya bukan nyamuk. Dan semakin ramai meninggal dunia!”

“Tetapi tiada siapa mempercayai saya,” tegas Dr Chua.

Beliau merayu, tetapi semuanya menutup telinga.

Berita ini dikongsi dengan sang profesor, malangnya tidak diendahkan.

“Awak hanya membuang masa,” jawab profesor.

Pihak berkuasa juga tidak mempercayai beliau.

Akhirnya, Dr Chua meyakinkan profesor untuk menghantar beliau ke Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control, CDC) di Amerika Syarikat untuk menyelidik ‘penyakit bawaan nyamuk’.

Tetapi sebenarnya, beliau menyelinap virus baru ini yang dibungkus rapi, disimpan dalam bagasi, seterusnya menaiki penerbangan.

Jelas sekali, cara beliau melanggar prosedur keselamatan dan kuarantin.

“Ianya adalah kecemasan, saya terpaksa membawanya ke sana segera,” kata Dr Chua.

Di bawah mikroskop CDC yang berkuasa tinggi, akhirnya terungkai misteri.

“Ianya adalah paramyxo!”

“Berhenti lawan nyamuk!” kata Dr Chua sejurus menelefon pihak berwajib di Malaysia. “Penyakit ini datangnya dari khinzir.”

Kerajaan Malaysia tidak menunggu lagi. Anggota tentera dikerah.

Kubur besar digali. Khinzir-khinzir pembawa virus maut di tolak ke lubang besar ini , lalu ditembak.

“Oikkkk…..Oikkkkkkk”

“Khinzir-khinzir ini menjerit, dan ada yang menitis air mata,” kata Muniandy, seorang pekerja di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. “Ianya menyedihkan.”

1 juta ekor khinzir dimusnahkan. Ternyata, ianya berkesan.

Serangan terhenti. Virus pembunuh, hilang. Berakhir wabak penyakit yang telah menyebabkan kematian lebih 100 mangsa ini.

Loading...

Leave a Reply