Portal berita terbaik anda

Utama

Orang ramai merungut, bayaran BPN tak cukup RM300?

Hari ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan lebih 2.3 juta permohonan baharu dan juga rayuan untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) diluluskan melibatkan peruntukan berjumlah RM1.7 bilion.

Tengku Zafrul berkata jumlah itu adalah permohonan baharu dan rayuan BPN yang dibuka dari 1 hingga 30 April lalu bagi memastikan bantuan sampai kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukan.

Namun, kecoh di media sosial apabila terdapat segelintir rakyat tidak berpuas hati dengan jumlah bantuan yang diterima, dan meminta pihak LHDN memeriksa semula permohonan mereka.

Ada yang mendakwa berstatus bujang dan bergaji bawah RM 2,000 tetapi mereka hanya mendapat RM500 sahaja dan bukan RM800 seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Bagaimana pun setakat ini belum ada lagi kenyataan daripada pihak LHDN berkenaan isu tersebut.

Namun, ada juga dalam kalangan netizen meminta orang ramai agar bersyukur sahaja dengan jumlah yang mereka terima.

Loading...

1 Comment

  1. Haneybee

    Sy ni baru xda suami ..suami ntah hilang kemana..gantung x bertali sudah bertahun…anak dua org masih bersekolah..musim pkp fasa ke2 majikan dh pun tutup permis kerana majikan tak mampu untuk membayar sewa tapak permis..dan sy pun hilang punca pendapatan…bila sy mohon BPN permohonan sy x di lulus kan…dengan apa kami semua nk menyara hidup..malahan 1 batuan kami tak pernah terima..tp alhamdulillah allah masih lagi bg kami makanan walaupun berkonsi untuk kami bertiga…jangan pernah merunggut dengan ape yg allah dh bg..500 ringgit pun duit jgak…kamu semua bernasib baik dapat batuan BPN…

Leave a Reply