Portal berita terbaik anda

Utama

Oktoberfest, pesta arak dua perkara berbeza – Timbalan Speaker

KUALA LUMPUR – Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming bertindak menjelaskan kepada persidangan Dewan Rakyat hari ini mengenai pesta Oktoberfest yang kerap disalah tafsir sebagai pesta arak, bagi meredakan perbalahan beberapa anggota Parlimen berkaitan acara tersebut.

Kor Ming yang mempengerusikan sesi perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 petang tadi bertindak membacakan sejarah Oktoberfest kepada ahli dewan dan berkata, sambutan Oktoberfest dan pesta arak adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.

Katanya, Oktoberfest yang berasal dari Jerman adalah sebuah program diraja.

“Sejarah Oktoberfest. Putera Mahkota Ludwig, yang kemudian menjadi Raja Ludwig I telah berkahwin dengan Puteri Therese dari Saxony (Saxony-Hildburghausen) pada 12 Oktober 1810.

“Warga Munich diundang untuk menghadiri perayaan yang diadakan di lapangan di depan pintu kota untuk merayakan majlis diraja dengan meriah.

“Sejarah Oktoberfest ialah program diraja di Jerman tetapi apabila diterjemahkan menjadi pesta arak ia membawa maksud lain. Ini sedikit yang saya betulkan rekod,” katanya. – Bernama

Loading...

Leave a Reply