Portal berita terbaik anda

Utama

Model tudung ini dipuji netizen, muda-muda lagi beli kereta guna duit sendiri

Setiap remaja semestinya akan terdetik inginkan kereta idaman dan menanam azam untuk memiliki sebuah kereta hasil usaha sendiri.

Begitu juga dengan kejayaan Ika atau nama penuhnya Nurul Afiqah Mohd Shafarey, 21, yang memiliki kereta jenama luar negara hasil dari titik peluhnya sendiri.

Tidak bergantung pada orang lain, seperti ibu bapa, merupakan sikap yang Ika mahu tonjolkan pada anak muda di luar sana.

“Duit nak beli kereta semua dari usaha sendiri, Ika tidak minta langsung duit atau sebarang pertolongan dari ibu bapa.

“Malah Ika cari sendiri macam mana nak dapatkan duit untuk dapatkan apa yang kita mahu,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ika minggu lepas berkongsi gambar kereta barunya di Twitter. Rata-rata pengguna maya memuji sikap berdikarinya itu.

Setakat laporan ini ditulis, statusnya itu telah diulang tweet lebih 470 kali dan disukai lebih 2,200 pengguna Twitter.

Ika tidak mendedahkan bayaran pendahuluan dibuat tetapi berkata ia separuh daripada harga kereta.

Sementara itu, Ika berkata penglibatan dirinya dalam dunia permodelan, duta produk dan juga ulasan berbayar (paid review) merupakan sumber pendapatan bulanannya.

“Saya mula bergiat aktif tahun 2015, orang mula nampak Ika punya bakat dalam dunia permodelan hingga orang tidak berhenti panggil ambil gambar.

“Selain itu, ada juga syarikat yang ambil Ika jadikan duta seperti Hada Labo, Maybank, Vivo, Christy Ng, Nano White, Xing Fu Tang dan llao llao.

“Kalau sebulan untung ulasan berbayar Ika boleh mencecah RM10,000 hingga 20,000. Dari situ Ika dapat simpan sikit untuk beli kereta,” katanya lagi.

Ketika baru bergiat dalam bidang itu, umurnya cuma 17 tahun.

 

View this post on Instagram

 

Merah hati seperti hati awak🤪❤️

A post shared by 21 |KASHA 📍 🇲🇾 (@ikashafarey_) on

Cabaran dan halangan tidak akan pernah lari dari kehidupan. Begitu juga dengan anak kelahiran Selangor ini.

“Antara cabaran yang Ika lalui sebelum beli kereta, pernah hampir sebulan Ika mendiamkan diri dan berkurung di rumah disebabkan kata netizen tanpa update apa-apa di media sosial.

“Buat banyak kerja tapi tak mampu beli kereta. Anak sulung tahu menyusahkan mak ayah sahaja! Ini antara ayat netizen yang Ika ingat sampai sekarang.

“Ramai sangat netizen kecam, memang Ika pinjam kereta ayah sebelum ini untuk pergi ke sana semua, tapi janganlah libatkan keluarga!” katanya dengan penuh emosi.

Bagaimanapun, Ika sangat bersyukur dengan apa yang diimpikan sepanjang lima tahun akhirnya termakbul.

“Alhamdulillah perasaan saya lepas dapat beli kereta sangat bersyukur. Rasa seperti penat kita sudah terbayar.

“Ika pun terfikir, apa salahnya kalau kita tukarkan duit kepada benda yang kita nampak depan mata.

“Pada awalnya ibu bapa tidak percaya langsung yang Ika akan beli kereta, lepas Ika sudah buktikan mereka pun letak kepercayaan dekat Ika,” katanya.

Bercakap mengenai perancangan, Nurul Afiqah tidak lokek untuk berkongsi ketika disoal.

“Ika ada target nak beli rumah tapi berhenti buat seketika waktu,sebab Ika ingin menceburi dalam bidang perniagaan pula.

Walaupun sekarang Ika sibuk dengan dunia permodelan dan yang lain, tapi Ika kena curi masa pergi ke kelas perniagaan agar dapat asah bakat dalam dunia perniagaan,” katanya.

Sebagai pengaruh kuat di media sosial, Ika juga turut kongsi kata semangat untuk anak muda di luar sana yang ingin mendapatkan kereta pada usia yang muda.

“Untuk mereka yang ingin capai apa yang dia inginkan, usaha mesti ada dalam diri.

“Selalu jadikan diri seorang yang positif, jangan ada niat ingin dengki dengan rezeki orang lain sebab kita pun belum tahu lagi rezeki kita macam mana.

“Dan jangan pernah henti berdoa, sebab ibu selalu pesan sewaktu Ika kecil.” katanya lagi.

Loading...

Leave a Reply