Portal berita terbaik anda

Hiburan

Nur Sajat ugut potong kemaluan PU Amin

Gara-gara permintaan penceramah bebas, PU Amin meminta menghentikan promosi lagu Bobo Dimana, Nur Sajat telah memuat naik video mempertahankan lagu tersebut hingga menggugut untuk memotong kemaluan PU Amin.

Menerusi Instagram, PU Amin berkongsi gambar dengan pegawai tertinggi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM ketika berceramah di sana, sekaligus menasihatkan beliau untuk membuat laporan kerana tindakan Sajat memegang pisau sambil menggugut untuk potong.

Bagaimanapun PU Amin masih bertimbang rasa dan meminta Sajat untuk tampil memohon maaf atau beliau tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan sepertimana dinasihatkan oleh pihak polis mengenai ugutan tersebut.

Dalam masa yang sama, PU Amin merayu supaya pihak mereka berhenti mempromosikan lagu tersebut yang memaparkan elemen lucah keterlaluan sehingga turut mempromosikan LGBT secara tidak langsung.

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati, Sajat telah memadam video tersebut dari IG miliknya.

Terdahulu Aliff ada memuat naik video membidas kenyataan Pu Amin mengatakan lagunya haram.

Loading...

Leave a Reply