Portal berita terbaik anda

Viral

Jual produk kesihatan, budak SPM mampu beli Honda Civic secara ‘cash’

PEPATAH Arab ada menyebut, siapa yang rajin berusaha dia pasti akan berjaya.

Bagi gadis berusia 17 tahun ini, dia berjaya membuktikan umur bukannya penghalang untuk mengecapi kejayaan asalkan gigih berusaha.

Gadis dikenali sebagai Nur Haniy itu sedang menduduki peperiksaan SPM namun berjaya memiliki sebuah kereta Honda Civic hasil menjual produk kesihatan.

Menerusi video yang dikongsi di Tiktok miliknya, Nur Haniy menunjukkan kereta yang dibelinya secara tunai selepas berniaga selama sebulan.

“Orang cakap budak SPM tak mampu berjaya tapi aku buktikan aku mampu berjaya,” katanya.

Sementara itu, perkongsian Nur Haniy telah menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan kemampuan gadis itu selain mendoakan agar dia terus berjaya pada masa yang akan datang.

Loading...

Leave a Reply