Portal berita terbaik anda

Utama

Nikahi kawan baik, cucu Mahathir selamat bergelar isteri

Selepas mengikat tali pertunangan selama hampir setahun, personaliti media sosial yang juga anak kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Utama Haji Mukhriz bin Tun Mahathir iaitu Meera Alyanna Mukhriz selamat bergelar isteri kepada pasangannya.

Meera Alyanna Mukhriz atau Ally Mukhriz dilihat anggun di majlis pernikahan tersebut dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta orang-orang politik berikutan kedudukan keluarganya yang dikenali.

Dengan sekali lafaz, Ally selamat bergelar isteri kepada Ezran Daud Cheah yang dinikahkan sendiri oleh Datuk Seri Mukhriz bersaksikan kadi yang bertugas.

Mengabdikan tarikh cantik pada 20 Februari 2020 sebagai hari istimewa mereka, Ally serta suaminya Ezran Daud Cheah dimaklumkan sudah mengenali antara satu sama lain sejak 10 tahun lalu.

Ally merupakan anak sulung kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan isteri, Tok Puan Norzieta Zakaria. Dia juga merupakan cucu kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Loading...

Leave a Reply