NGO tawar RM2,000 untuk maklumat lelaki tembak anjing

KUALA LUMPUR – Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan RM2,000 kepada sesiapa yang dapat menyalurkan maklumat sahih berkaitan lelaki dipercayai menembak anjing dengan senapang seperti yang tular di media sosial.

Presidennya, Arie Dwi Andika berkata, kerjasama orang ramai amat diharapkan bagi membolehkan tindakan susulan diambil terhadap pelaku terbabit.

“Buat masa ini, kita belum menerima maklumat terperinci mengenai kejadian itu kecuali video yang tular.

“Kami mengalu-alukan orang ramai khususnya perakam tidak kira keluarga, rakan atau jiran terdekat lelaki di dalam video berkenaan untuk menyalurkan maklumat dengan menghantar kiriman Whatsapp Hotline Animal Malaysia di talian 01120901097 dengan segera.

“Maklumat itu juga boleh disalurkan kepada pihak berkuasa supaya pelaku diambil tindakan jika benar dia melakukannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Sementara itu, Presiden Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) R Kalaivanan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima banyak kiriman video berkenaan hari ini.

Menurutnya, belum ada saksi atau mana-mana individu yang tampil memberi maklumat terperinci.

“Sehingga kini, tiada maklumat lanjut diterima berhubung pelaku dan lokasi juga masih disiasat.

“Tindakan menembak anjing dengan senapang adalah kejam dan tak berprikemanusiaan, jika ia benar-benar berlaku .

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat atau mengenali pelaku diharap menghubungi SAFM dengan menghantar kiriman Whatsapp di talian 016-2662007 dan identiti pengadu akan dirahsiakan,” katanya.

Menurut Kalaivanan, hukuman berat menanti pelaku mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 Seksyen 30 iaitu denda maksima RM100,000 atau hukuman penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai rakaman video berdurasi 24 saat yang menunjukkan seorang lelaki berdiri di depan rumahnya sambil memegang senapang sebelum menembak haiwan dipercayai anjing.

Bagaimanapun, wajah pelaku terbabit tidak kelihatan di dalam rakaman video itu dan identitinya belum dapat dipastikan sehingga kini.

Loading...
Published
Categorized as Utama

4 comments

    1. Setuju sangat. Sepatutnya PBT yg handle anjing liar . Kes anjing liar gigit pelajar sekolah pun PBT pandang sebelah mata

  1. Setuju sangat. Sepatutnya PBT yg handle anjing liar . Kes anjing liar gigit pelajar sekolah pun PBT pandang sebelah mata

  2. Sepatutnya pihak yg berwajip kena la bertanggung jawab atas permasalahan ini tu la keadaan nya bila masalah d pandang ringan tidak kerjasama dgn masyarakat bila da smpi penduduk tk boleh tahan ini la yg dpt di lakukan utk melindungi keadaan dan kuarga tu mujur la pakcik tu tmbk d kaki bkn tembak mati… Bila da viral cm ni baru la di kuar kn akta la denda la penjara la naya binatang la tp bg saya pakcik tu cuma menghalau anjing tersebut dgn menembak d kaki. Saya harap kejadian ini dapat di ambil perhatian oleh pihak berwajib jgn hanya tk tau ujung pangkal nak denda dan tngkp je… Kejadian mngkn tidak berlaku pada mereka.. Renung renung kn la…. Saya cuma mahukan keharmonian dlm masyarakat memang la anjing adala haiwan yg taat pd tuan nya tp jika da mengganggu hal penduduk tindakan harus d buat demi utk menghalang bkn menghapus…. wasalam

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *