Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee terus dikecam netizen walaupun beliau telah meminta maaf terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong, Pengkalan Batu, semalam.
Malah, ada yang bertindak melampau batas dengan memanggil nama ayah kepada Adun Pengkalan Batu itu iaitu Hassan Baktee dengan panggilan Bakuteh (sup khinzir).
Berikutan itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq telah menegur sikap netizen yang keterlaluan dan berharap agar mereka belajar untuk sentiasa merendahkan diri.
“Nama bapa dia “baktee” bukan BAKUTEH. Saya sendiri tegur dia, tetapi tidak perlu menghina nama bapa dia yang tak kena mengena dengan kes ni. Dia sendiri dah minta maaf, termasuk ketua menteri Melaka,” katanya.
Nama bapa dia “baktee” bukan BAKUTEH.
Saya sendiri tegur dia, tetapi tidak perlu menghina nama bapa dia yang tak kena mengena dengan kes ni. Dia sendiri dah minta maaf, termasuk ketua menteri Melaka.Learn to be humble bro. It will go a long way. https://t.co/B8QVrbW1zA
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) 10 October 2018
Terdahulu, Syed Saddiq juga turut memberikan komen berhubung video yang viral di media sosial itu.
“Kuasa terletak ditangan rakyat. Gelaran “YB” pun sebab sokongan rakyat. Jangan sesekali angkuh, kerana keangkuhan itu lah yang bakal menghukum kita pada masa hadapan” katanya.
Leave a Reply