Portal berita terbaik anda

Utama

‘Naib canselor yang patut minta maaf, bukan saya’ – Graduan biadap

GRADUAN yang melakukan protes sewaktu Istiadat Konvokesyen Universiti Malaya (UM) kali ke-59 pada Isnin lalu menuntut naib canselor universiti berkenaan, Datuk Dr Ir Abdul Rahim Hashim memohon memaaf kerana beliau didakwa memulakan isu perkauman.

Graduan berkenaan, Wong Yan Ke beranggapan Abdul Rahim perlu melakukan tindakan sedemikan kerana memberikan ucapan berunsur perkauman ketika Kongres Maruah Melayu di Shah Alam baru-baru ini.

“Saya rasa orang yang patut minta maaf adalah naib canselor sendiri.

“Negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Saya hanya bersuara sebagaimana hak di dalam perlembagaan,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Balai Polis Petaling, pada Rabu.

Yan Ke turut ditemani wakil guaman, Asheeq Ali sepanjang kira-kira sejam memberikan keterangan kepada pihak polis.

Pada Isnin, satu petisyen digerakkan oleh Penggerak Mahasiswa UM menuntut Yan Ke membuat permohonan maaf secara terbuka atas tindakan biadabnya itu, selain menggesa pihak universiti menarik balik transkrip akademik milik graduan tersebut.

Petisyen tersebut setakat ini medapat lebih 91,000 sokongan sejak ia dilancarkan.

Dalam pada itu, Yan Ke menyalahkan pihak universiti yang didakwa tidak tidak pernah memberikan ruang dan platform walaupun mahasiswa sudah beberapa kali membangkitkan pelbagai isu sebelum ini, sehingga memaksanya menggunakan pentas Istiadat Konvokesyen untuk ‘bersuara’.

“Banyak orang tanya kenapa saya tidak pilih masa dan tempat yang sesuai (untuk bersuara). Tapi saya nak tanya, adakah pihak universiti telah beri saya platform yang sesuai?

“Saya dahulu salah seorang aktivis mahasiswa yang telah bangkitkan beberapa isu seperti yuran, Wifi dan lain-lain. Kita juga hantar memorandum kepada pejabat naib canselor mengenai isu yang dibangkitkan. Tapi mereka tak pernah balas tuntutan kita.

“Dia (naib canselor) yang jejaskan nama universiti, dia yang salah guna nama universiti untuk laksanakan agenda politiknya. Jangan kata saya yang malukan nama universiti pula,” dakwa graduan jurusan Kejuruteraan Awam itu.

Sementara itu, wakil guamannya, Asheeq Ali pula berkata pihaknya memberikan tempoh masa selama 24 jam kepada UM untuk memberikan jawapan mengapa bertindak menyekat transkrip akademik milik Yan Ke, biarpun anak guamnya sudah mengembalikan pakaian istiadat konvokesyen termasuklah jubah.

“Orang yang disekat untuk mendapat transkrip adalah mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan serius, sedangkan anak guam saya hanya baru disiasat.

“Setahu saya, anak guam saya tak bersalah. Dia hanya melontarkan kritikan. Kritikan terhadap seseorang yang mempunyai kuasa tidak harus digolong sebagai satu penghinaan.

“Jika universiti gagal memberi jawapan, kami tak teragak-agak untuk memfailkan tindakan undang-undang,” katanya.

Yan Ke disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan.

Loading...

3 Comments

  1. MOHD RIDZUWAN

    Aku tak nampak pun ucapan Naib Cancellor dalam seminar utk orang melayu itu perkauman. Budak cina ni yang biadap nak luahkan perasaan peribadi dia. Media mengambil kesempatan utk menghapuskan keistimewaan Melayu. Kenapa semua diam?

  2. Lukman yatimi bin ahmad

    Sesiapa yg hadir kongress maruah melayu dan ada mendengar ucapan nc um, boleh bagi pandangan dan pencerahan..apa yg dikatakan rasis itu, sbb budak yg protes
    tu pasti takde di situ dan mereka yg hadir saja boleh jelaskan..
    Mohon pencerahan mereka yg hadir…tqvm..

  3. Ash

    Why protest in English? Bukan k itu pun dikira biadap & berbaur racism kerana enggan menggunakan bahasa rasmi Malaysia.

Leave a Reply