Portal berita terbaik anda

Utama

Nahas Lion Air: 18 beg berisi mayat mangsa tiba di Rumah Sakit Polri

JAKARTA – Sebanyak 18 beg berisi mayat nahas pesawat Lion Air telah dibawa ke Rumah Sakit Polri.

Lapor Detik News, kesemua beg berisi mayat itu dibawa secara berperingkat dengan terbaharu empat beg pada 8.30 malam waktu Malaysia selepas 14 beg tiba terlebih dahulu.

“14 beg sudah tiba,” kata Ketua Forensik Rumah Sakit Polri Keramat Jati, Edy Purnomo.

Katanya lagi, pemeriksaan lanjut akan dibuat esok.

“Malam ini masih belum diperiksa,” ujarnya.

Proses pencarian mangsa pesawat Lion Air JT 610 yang terhempas di perairan laut Karawang, Jawa Barat, masih diteruskan dan bakal berlangsung selama 24 jam tanpa henti. – AGENSI

Loading...

Leave a Reply