Portal berita terbaik anda

Hiburan

Nadzmi Adhwa, Ardell, kahwin sajalah

DUA nama pelakon industri tempatan ini selalu menjadi perbualan netizen, iaitu Nadzmi Adhwa dan Ardell.

Sejak pertengahan 2018 hingga hari ini, kisah mereka sering menjadi topik kegemaran.

Hubungan akrab bagaikan belangkas mereka menjadi tanda tanya, pasangan kekasih atau ‘friendzone’? Dalam erti kata lain, hanya teman tapi mesra.

“Susah nak cari kawan yang boleh terima kita seadanya. Boleh layan perangai bongok kita. Abaikan gelak tu, rindu pulak dekat kau @ardellaryana,” luah Nadzmi, semalam.

Memuat naik video mesra sekali lagi mengundang peminat atau netizen berkampung dan membawang di ruangan komen milik Instagram Nadzmi Adhwa.

Antara komen-komen ‘win’;

“Korang memang sesuatu, tapi saya suka. Semoga bahagia dan tabah hadapi dugaan,” kata peminat.

“Kahwin je lah, senyum sorang aku tengok korang,” komem salah seorang peminat.

“Jangan tipu lah Nadzmi, awak betul-betul cintakan wanita ini,” ujar peminat yang turut menerima lima komen berbalas yang sama.

Dalam perkembangan lakonan, Nadzi kini sedang menjalani sebuah penggambaran bertajuk Selekoh Terakhir.

Loading...

Leave a Reply