Portal berita terbaik anda

Utama

Nadia Brian minta maaf cara pakaian seperti persenda Islam

Pelakon Nadia Brian memohon maaf sekirannya pakaian yang disarungkan ketika menghadiri sebuah majlis fesyen baru-baru ini didakwa telah mempersendakan agama oleh sesetengah pihak.

Menurut Nadia, dia boleh menerima teguran yang diberikan, cuma Nadia berpendapat cara mereka mungkin perlu lebih beradab dan tidak mengguris hatinya.

“Saya minta maaf andai ada pihak yang berpandangan sedemikian, cuma kalau nak tegur tu, harapnya diberikan dengan cara baik.

“Apapun, saya suka dengan persalinan tersebut. Cuma biasalah ada yang suka dan sebaliknya. Kalau ada yang tidak suka, saya minta maaf,” katanya.

Terdahulu, Nadia dikecam kerana berpakaian terlalu seksi serta ada yang membuat penilaian bahawa gaya yang dikenakan seperti mempersendakan agama, sebagaimana reaksi yang diberikan di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

Stunning piece from @afiqmofficial for latest collection! Thank you for having me babe! My accessories from @wanderlustandco #NadiaBrian #AfiqM #klfw2019

A post shared by Nadia B 🍒 (@nadia.brian) on

Sementara itu, Nadia berkata ia bukan perkara baru kerana dia selalu dilabel sebagai pelakon simbol seks.

“Bagi saya seksi itu suatu yang subjektif. Sebagai perempuan, meski kita mahu berhias, tetapi tidaklah keterlaluan. Asalkan keluarga dan tunang tahu, itu memadai.

“Kalau dikatakan seksi, sudah beberapa kali orang memperkata mengenainya. Malah mengenai pemakaian, famili juga tahu.

“Cuma kalau seksi tu, ia bukanlah gaya yang nampak ‘cheap’. Kalau ada yang tak suka tu, saya sekali lagi minta maaf dan cuba yang lebih dari sebelumnya, Insya-Allah,” katanya lagi.

Nadia kini sedang sibuk melakukan persiapan untuk melangsungkan perkahwinannya dengan tunangnya Muizz Nasruddin pada 9 November ini.

Loading...

Leave a Reply