Portal berita terbaik anda

Utama

‘Musuh nampak Mahathir sedang terlena dan terleka, tapi mereka silap…’ – Netizen

Kemelut yang melanda politik negara ketika ini benar-benar menarik minat rakyat Malaysia untuk mengetahui keputusan di sebalik ‘makan malam’ yang berlangsung di Hotel Sheraton, Petaling Jaya semalam.

Desas-desus mengatakan bakal ada peralihan kuasa menyebabkan pelbagai spekulasi dilakukan oleh netizen yang mulai merungkai kembali perjalanan politik Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak PRU14.

Musuh nampak dia terlena dan terleka, tapi…

Menerusi satu muat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai ATUK telah memberikan pendapatnya mengenai keadaan politik negara yang diketuai Mahathir ketika ini.

Menurutnya, siapa yang menjangkakan seorang warga emas berusia 93 tahun masih mampu berfikir jauh ke hadapan dalam politik negara yang penuh ‘drama’ dan kejutan ini serta merangka sesuatu di luar kotak.

Diam-diam ubi berisi

Tambahnya lagi, tindakan beliau yang banyak berdiam dalam beberapa isu rupanya memberikan satu jalan agar negarawan itu mampu merangka sesuatu perkara ketika ‘musuh-musuh’ politiknya menganggap beliau sedang terlena.

Kebarangkalian dalam tertubuhnya satu pakatan baru membina kerajaan yang lebih solid berbanding terdahulu adalah besar jika dilihat daripada khabar angin yang sedang kencang bertiup.

Penyatuan kembali Melayu selepas 20 tahun?

Selain itu, pengguna Twitter tersebut turut mengungkit kembali kapsul yang telah tertanam suatu masa dahulu. Dia memberi andaian bahawa berkemungkinan isu penyatuan Melayu menjadi salah satu tunjang kepada berlakunya gelombang politik ketika ini.

Pemikiran Tun M yang tidak terjangkau dek banyak pihak ini turut membuatkan teka-teki berlegar-legar di segenap minda rakyat Malaysia ketika ini.

Walau bagaimanapaun, sebarang keputusan mungkin akan diketahui dalam masa terdekat yang mana ia boleh jadi merubah lanskap pentadbiran negara.

Namun, sebagai rakyat Malaysia, hendaklah kita mengharapkan yang terbaik kepada Tanah Air tercinta ini agar tiada kuasa asing cuba merobek penyatuan yang sudah sedia terbina.

Loading...

Leave a Reply