Portal berita terbaik anda

Utama

Mustahil dana GST RM19 bilion hilang – Bekas menteri kewangan

Bekas Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa sejumlah RM19 bilion dalam Tabung Bayaran Balik GST dilaporkan hilang.

“Saya dengan (Ahmad) Husni (Hanadzlah) telah beri penerangan kepada mereka tentang prosedur dari segi pembayaran GST.

“Saya tekankan bahawa tidak ada wang yang hilang sebanyak RM19.1 billion.

“Impossible duit itu nak hilang dan saya dah terangkan kepada mereka. Sepertimana yang saya sebut, bahawa refund premium ini dibagi kepada banyak kategori,” katanya merujuk kepada anggota Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Johari berkata sepanjang sejam itu, beliau telah menjelaskan kepada anggota PAC mengenai prosedur yang terbabit dalam pengutipan GST dan pembayaran balik wang berkenaan.

“Yang pertama refund yang tidak boleh dibayar kerana dia merupakan pembekalan yang belum dikategorikan pembekalan bercukai.

“Yang kedua isiasatan sedang berjalan berhubung sesetengah dakwaan. Ketiga adalah isu-isu deduction, keempat semakan kelulusan dan akhir sekali yang telah diluluskan,” katanya.

Johari, bersama bekas menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini diarahkan hadir ke mesyuarat PAC bagi membantu siasatan berhubung dakwaan Lim bahawa kerajaan BN sebelum ini telah “menyalahgunakan” wang RM19.4 bilion dalam pembayaran balik GST.

Ini susulan dakwaan Lim di Dewan Rakyat pada 8 Ogos bahawa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Katanya, audit dalaman dan pemeriksaan Jabatan Kastam mendapati sejumlah RM19.4 bilion hilang dalam tabung bayaran balik GST.

Loading...

Leave a Reply