Musim tengkujuh diramal melanda negara bermula Khamis ini

MUSIM tengkujuh atau Monsun Timur Laut dijangka melanda negara ini bermula Khamis ini (24 Oktober) dan akan berlarutan hingga Mac tahun depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), dalam kenyataan hari ini, memaklumkan sepanjang musim itu, empat hingga lima episod hujan lebat dijangka berlaku.

Episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada bulan ini sehingga awal tahun depan, manakala pada awal Januari dan Februari, hujan lebat lebih tertumpu di barat Sarawak serta utara dan timur Sabah.

“Ketika Monsun Timur Laut, hujan berterusan untuk tempoh bebrapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan berkedudukan rendah dan kawasan cenderung banjir.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang, risiko kejadian banjir akan menjadi lebih buruk,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada dan bersiap siaga dalam menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan amaran hujan lebat dikeluarkan METMalaysia menerusi laman web www.wet.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, facebook:malaysiamet, twitter: @malaysianmet, perkhidmatan SMS 15888 dan MMD Hotline di talian 1-300-322-1638.

Loading...
Published
Categorized as Utama

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *