Portal berita terbaik anda

Utama

Musim kedua durian bermula, peniaga raih untung lumayan

KUANTAN ― Seorang peniaga mendapati musim kedua durian di sini menghasilkan lebih banyak buah berbanding dua bulan lalu.

Al Baayah Harun, 54, berkata lima tan durian mampu dijual kali ini berbanding dua tan pada musim lepas, lapor Harian Metro.

“Saya mempunyai lebih 100 pokok durian kampung di kawasan lebih dua hektar di Kampung Padang Rumbia.

“Kini aktiviti harian saya dan suami, Abu Samah Osman, 62, memungut buah dan menjualnya di tepi Jalan Pekan-Batu Balik.

“Rezeki saya dan pekebun lain di beberapa kampung di sini bertambah apabila pengeluaran durian berlaku secara luar biasa.

“Sebelum ini ia jarang berlaku,” katanya yang menetap di Taman Seri Inderapura di sini.

Pasangan tersebut memperoleh pendapatan lumayan dengan menjual 100 hingga 150 biji durian sehari.

Selonggok durian mengandungi empat hingga 10 biji dijual pada harga RM30 hingga RM150 mengikut saiz.

Loading...

Leave a Reply