Portal berita terbaik anda

Utama

Murid Pasti diberhenti kerana bapa kritik pimpinan parti?

Viral di media sosial sepucuk surat membabitkan Pasti An Najah yang beroperasi di Tanjung Karang, Selangor kerana bertindak memberhentikan pelajarnya berkuat kuasa serta-merta.

Menerusi surat bertarikh 13 Oktober yang ditandatangani Ketua Guru Pasti An Najah Jamiah Mustamar menyatakan, pihaknya kesal dengan tindakan seorang bapa pelajar mengecam PAS, ulama PAS dan pengurusan Pasti.

“Dukacita dimaklumkan bahawa kami pengurusan Pasti An Najah mengambil keputusan muktamad untuk memberhentikan anak tuan dari Pasti An Najah dengan serta-merta.

“Pihak kami amat kesal atas kecaman demi kecaman tuan lakukan ke atas parti PAS, ulama dan pengurusan Pasti kami sendiri,” katanya seperti dinyatakan dalam surat berkenaan.

Sementara itu, pengerusi Pasti Kawasan Tanjung Karang, Hafizuddin Amin yang dihubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan memaklumkan beliau sudah diberi arahan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Loading...

Leave a Reply