Portal berita terbaik anda

Viral

Muka tak lawa seperti dalam gambar, gadis ditinggal ketika disuruh beli roti canai

Pertemuan kali pertama ketika mahu berkenalan dengan seseorang adalah penting. Dari situ kita tahu rupa dan perangai sebenar seseorang yang baru dikenali.

Baru-baru ini tular kisah seorang gadis ditinggalkan di kedai mamak hanya kerana dia berbadan besar dan tidak sama seperti apa yang dibayangkan.

Seorang gadis menghantar mesej kepada seorang warga laman sosial Instagram, @mafarikha untuk berkongsi kisahnya ditinggalkan oleh lelaki semasa pertemuan pertama.

Segalanya bermula apabila gadis tersebut berkenalan dengan seorang lelaki di laman sosial Twitter dan berhubung selama lima bulan sebelum mengambil keputusan untuk berjumpa.

Pada hari kejadian, lelaki itu mengambilnya di rumah dan mahu membawa gadis itu keluar.

Kemudian, selepas dia masuk ke dalam kereta, mereka terdiam seribu bahasa tanpa bercakap sepatah ayat.

Tiba-tiba lelaki tersebut berhenti di tepi jalan dan mahu membungkus roti canai di kedai mamak berhampiran.

Selepas lima minit berlalu, dia meminta gadis itu mengambil roti canai dipesannya tadi dan gadis tersebut turun tanpa mengesyaki apa-apa.

Semasa pergi mengambil roti canai, seorang lelaki menegurnya sambil menunjukkan beg tangannya yang diletakkan di atas lantai oleh lelaki yang keluar bersamanya tadi. Jahatnya!

“Sorrylah, dalam gambar aku ingat kau kurus, tengok-tengok gemuk. Best tak kena tinggal?,” soal lelaki tersebut tanpa rasa bersalah.

Berikutan itu, warga laman sosial berang dengan tindakan lelaki tak bertanggungjawab itu.

Ramai yang membela gadis berkenaan kerana dia tak sepatutnya dilayan sebegitu.

Walau bagaimanapun, dengar khabar gadis itu sudah berkahwin dan bahagia bersama suami dan anaknya.

Jangan menilai orang dari luar kerana rupa boleh berubah, tapi nilai menggunakan hati pasti anda akan bahagia selamanya.

Loading...

Leave a Reply