Portal berita terbaik anda

Utama

Mujahid jamin TH tetap akan beri hibah kepada pendeposit

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa memberi jaminan bahawa Tabung Haji (TH) akan memberi hibah kepada pendepositnya tahun ini.

Menurutnya, walaupun TH berhadapan dengan perlanggaran Akta Tabung aHji 1995 sejak 2014 namun dengan penstrukturan semula yang kita telah mulakan sejak Julai 2018, pembayaran hibah 2018 akan dapat dibuat.

“Saya yakin hibah 2018 akan dapat diberi dengan program pengukuhan yang telah dilakukan oleh pihak pengurusan baru TH.

“Namun berapa jumlah hibah dan sebagainya akan diumumkan hujung bulan nanti, sekarang ini, TH masih belum tutup akaun lagi,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Mujahid berkata, apa yang lebih penting dalam membayar hibah TH mesti penuhi dua akta iaitu aset tak boleh lebih rendah daripada liabiliti (tanggungan) dan TH sedang laksanakan itu.

“Dan yang kedua mesti ada untung dan kami yakin adalah sikit untung untuk dipulangkan (hibah) walaupun tidak banyak,” katanya.

Loading...

Leave a Reply