Portal berita terbaik anda

Utama

Mujahid cadang nama Parlimen ditukar kepada ‘Bisumen’

KUALA LUMPUR — Keputusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengadakan sidang Dewan Rakyat selama sehari selain tidak membenarkan sesi perbahasan terus dikritik Ahli Parlimen pembangkang.

Ahli Parlimen Parit Buntar Datuk Seri Dr Mujahid Yusof antara wakil rakyat pembangkang yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan tersebut.

Menyindir di media sosial, Mujahid turut mencadangkan nama Parlimen diubah jika wakil rakyat tidak dibenarkan berbahas.

“Parlimen berasal dari bahasa Perancis. Parle maknanya cakap, tempat bercakap tetapi hanya titah Agong sahaja.

“Jadi tidak boleh panggil Parlimen sebab ahli parlimen tidak cakap (bahas). Kena sebut Bisumen,” katanya di Twitter.

Hari ini, sidang Dewan Rakyat menyaksikan pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-14 selepas ia ditangguhkan pada 9 Mac lalu akibat pandemik Covid-19.

Pembukaan sidang Parlimen dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Persidangan turut menarik perhatian memandangkan ia merupakan yang pertama bagi kemunculan PN dengan diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Loading...

Leave a Reply