Portal berita terbaik anda

Utama

Muhammad Sajjad bakal disaman sekali lagi

SHAH ALAM – Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzaman sekali lagi bakal berdepan dengan tindakan saman fitnah daripada bekas stokisnya.

Ia berikutan Muhammad Sajjad gagal memberi sebarang respons terhadap notis tuntutan yang dihantar oleh Zaleha Ibrahim menerusi firma guaman NHA Advocates & Solicitors.

Dalam notis tuntutan permohonan maaf dan gantirugi, Zaleha yang menjalankan perniagaan Syarikat Cherqax Beauty mendakwa lelaki itu memfitnahnya bahawa bengkung yang dijual plaintif tidak berkualiti, palsu, ditiru walaupun pada hakikatnya bengkung tersebut telah dibeli daripada pengilang yang sama dengan Muhammad Sajjad.

Peguam yang mewakili Zaleha, Nurul Hafidzah Hassan berkata, Muhammad Sajjad didakwa telah menerbitkan kenyataan menerusi akaun Facebook Nursajat Kamaruzaman pada sekitar Februari 2017 bahawa anak guamnya bekerja sebagai pelacur semasa berada di Australia.

“Hasil daripada posting tersebut, maruah anak guam kami terjejas selain mengalami kejatuhan reputasi, tekanan emosi dan kerugian akibat fitnah yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya.

Sehubungan itu, Muhammad Sajjad dituntut untuk membuat permohonan maaf tanpa syarat terhadap anak guam kami serta membayar RM500,000 sebagai ganti rugi.

“Disebabkan sehingga kini kami tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Muhammad Sajjad, anak guam kami akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah,” katanya.

Pada 8 Julai lalu, Suzyyana Sulaiman mengemukakan tuntutan saman fitnah terhadap Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kerana mendakwanya menjual produk tiruan.

Suzyyana yang merupakan bekas stokis lelaki itu memohon gantirugi berikutan barangannya telah dirampas oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Mei lalu.

Loading...

Leave a Reply