Portal berita terbaik anda

Politik

Mufti Wilayah ganti Mujahid sebagai Menteri Agama

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, sebentar tadi.

Dr Zulkifli menggantikan Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa yang hilang jawatan selepas Pakatan Harapan tumbang pada 24 Februari lalu.

Pengumuman senarai Jemaah Menteri bagi Kabinet baharu itu dibuat selepas lebih seminggu Muhyiddin memegang jawatan Perdana Menteri kelapan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Februari lalu.

Muhyiddin, 72 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, pada 1 Mac.

Al-Sultan Abdullah memberi perkenan pelantikan Muhyiddin itu selaras dengan Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Loading...

Leave a Reply