Portal berita terbaik anda

Utama

Mufti Perlis gesa Tommy Thomas letak jawatan demi maruah negara

KANGAR – Demi menjaga maruah negara, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menggesa Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas segera melepaskan jawatan.

Dalam masa sama, kata Mohd. Asri, perletakan jawatan Tommy sebagai Peguam Negara perlu bagi mengelakkan ketegangan kaum selain menghindari salah guna kedudukan dan kuasa.

“Demi menjaga maruah Malaysia dan kepercayaan rakyat terhadap sistem keadilan negara ini, mengelakkan ketegangan antara kaum, menghindari salah guna kedudukan dan kuasa, maka Tommy Thomas wajib berundur dari jawatan beliau sebagai Peguam Negara,” katanya dalam status Facebooknya di sini hari ini.

Desakan pelbagai pihak agar Tommy segera meletak jawatan semakin memuncak berikutan keputusan inkues bahawa kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim disebabkan akibat perbuatan jenayah.

Sebelum itu, keluarga Muhammad Adib mendapat kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Tommy berhubung punca kematian anggota bomba tersebut.

Terdahulu, Tommy didakwa telah membuat penghinaan terhadap mahkamah melalui afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara.

Hari ini, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib adalah akibat dua atau lebih individu yang tidak dikenali yang menyalahi undang-undang.

Koroner Rofiah Mohamad merumuskan anggota bomba tersebut dipukul oleh sekumpulan lelaki berketurunan India dan rumusan demikian adalah berdasarkan keterangan saksi, S. Narresh yang berada di tempat kejadian.- UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply