Portal berita terbaik anda

Hiburan

‘Mewah belum tentu dimuliakan’ – Didakwa hina penghuni PPRT, Fedtri Yahya sindir Syifa Melvin

Beberapa hari lalu, pelakon Syifa Melvin ditegur pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana dikaitkan dengan prestasi pemainnya, Safawi Rasid yang semakin merudum.

Disebabkan isu tersebut, Syifa yang juga adik kepada pelakon Syatilla Melvin menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Terbaru, sebuah rakaman video menunjukkan Syifa memperlekehkan golongan bawahan tular di media sosial.

Menerusi video tutorial turban Syifa bersama seorang jurusolek, jelas kedengaran pelakon itu membandingkan gayanya dengan penghuni rumah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT).

“Kalau korang pakai ini, korang akan automatik nampak mahal walaupun duduk rumah setinggan, rumah PPRT,” katanya sambil menahan ketawa.

Kenyataan Syifa itu menerima kecaman daripada netizen termasuklah pengacara popular, Ahmad Fedtri Yahya.

Ahmad Fedtri mengakui penghuni rumah setinggan juga mampu berjaya seperti orang lain malah ada yang turut berpeluang melanjutkan pelajaran hingga ke menara gading.

“Ramai je penghuni setinggan dapat pendidikan tinggi sampai PhD, bina hidup dengan kudrat dan semangat luar biasa. Mewah belum tentu dimuliakan Tuhan, miskin belum tentu dihinakan,” katanya.

Loading...

Leave a Reply