Portal berita terbaik anda

Viral

Meninggal dua tahun lalu, jenazah gadis ini masih utuh seolah-olah sedang tidur

Peristiwa mayat tidak reput ini tidak dinafikan sememangnya berlaku. Malah, banyak hadis Nabi SAW ada menyebut tentang perkara tersebut.

Baru-baru ini, pelakon terkenal Asyraf Muslim telah memuat naik video sebuah kubur milik seorang gadis yang digali semula untuk dipindahkan ke tempat lain.

Bagaimanapun, sesuatu yang mengejutkan berlaku apabila jenazah gadis yang berada di dalamnya masih kekal utuh walaupun beliau telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu.

Bukan itu sahaja, kain kafan yang membaluti tubuh arwah juga tidak reput dan masih kelihatan baru.

Salah seorang penggali kubur kemudiannya membuka kain kafan lalu diperlihatkan wajah jenazah yang seolah-olah berada dalam keadaan tidur.

Peristiwa itu nyata mengejutkan semua orang yang berada di tempat itu.

Menurut sumber, arwah semasa hidupnya seorang yang menjaga solat lima waktu dan sering membaca al-Quran.

Mudah-mudahan, kisah itu menjadi tauladan kepada kita yang masih hidup. Sesungguhnya Allah memuliakan hambaNya yang taat kepadaNya dan menjaga segala suruhanNya.

Loading...

Leave a Reply