Portal berita terbaik anda

Utama

Meatball IKEA halal, tiada unsur babi seperti yang ditular

KUALA LUMPUR – IKEA Malaysia hari ini menegaskan produk bebola daging yang dijual di stor berkenaan halal dan diperbuat daripada daging lembu Australia.

Pengurus stor IKEA Damansara, Roszalena Mashurdin berkata, produk tersebut juga telah mendapat pengesahan sijil halal dan dihasilkan di negara ini.

Katanya, IKEA tidak akan bertolak ansur dalam aspek penggunaan bahan-bahan selain daripada sumber yang dijamin daripada segi kualiti, piawaian dan persijilan serta dianalisis di makmal bertauliah

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kami telah memberhentikan jualan sementara bebola daging di pasar jualan makanan Swedish dan restoran IKEA sehingga hasil ujian DNA disahkan.

“Kami menjangkakan keputusan ujian pertengahan minggu depan sebagai pengesahan produk bebola daging tidak mengandungi daging kuda. Keyakinan dan kepercayaan pelanggan penting bagi IKEA. Kami komited menjual makanan yang selamat, sihat dan dihasilkan dengan berkualiti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Loading...

Leave a Reply